Milysa Teh Misai Kucing

- Teh Misai Kucing mengandungi Flavonoid semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Ianya merupakan satu kumpulan sebatian yang terbesar dari keluarga polyphenol yang kaya dengan anti oksidan.
- Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sebatian ini terutamanya polyphenol mempunyai banyak ciri-ciri menggalakkan kesihatan.Justeru itu, flavonoid telah menarik perhatian banyak penyelidik memandangkan ianya mempunyai potensi untuk memberi kesan yang berfaedah ke atas kesihatan manusia. Flavonoid juga diantaranya telah dilaporkan memberi faedah untuk anti-inflammatory anti-allergic dan anti-oksidan.

