Milysa Maca + Collagen Coffee
Apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan pengambilan collagen?
- Pengambilan collagen secara berterusan dapat bertindak ke atas tanda-tanda penuaan. Antaranya melicinkan tanda-tanda garisan dan kedutan di kulit, agar nampak tegang dan berseri, meningkat keanjalan kulit, menguatkan dan menyihatkan kuku dan rambut, membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan kenyenyakan tidur.
- Melembabkan kulit yang kering.
- Collagen berfungsi sebagai ejen ‘chondroprotective’ yang mana ia melindungi “cartilage” dan cecair synovial bagi membantu mengurangkan masalah dan kesakitan sendi seperti di lutut.
- Sekiranya collagen diambil sebelum melakukan senaman atau aktiviti berbentuk fizikal, collagen dapat memberikan kesan anabolik, iaitu meningkatkan tenaga dan prestasi.
- Pengambilan collagen menggalakkan penyerapan asid amino yang penting seperti glysine, proline dan hydroxyproline yang dapat meningkatkan lemak badan. Ia secara positifnya beperanan di dalam pengurusan berat badan.
- Collagen mempunyai sifat sebagai anti-beku. Ia boleh mencegah darah dari membeku yang mana dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jantung.
- Collagen boleh membantu di dalam masalah melibatkan kulit seperti menyembuh luka dan kebakaran di badan.
.
MACA
Kelebihan Maca dari segi kesihatan telah disahkan oleh kajian yang terperinci selama 40 tahun ke atas tumbuhan tersebut dari segi nilai makanan dan perubatan (Obregon, 1998). Fakta menyatakan bahawa Maca mempunyai nilai khasiat yang tinggi kerana ia mengandungi kira-kira 59% karbohidrat, 14% protein, 9% serat dan 2% lipid di samping komponen- komponen yang lain. ( Garro, 1972; Garro, Leon y Julca, 1993, dan Deni A., Miglluolo G.Rastrelli L., Saturnino P., dan Schefino O.; 1994; Cabieses 1997). Maca mengandungi:
| 1) | Kuantiti asid amino asas yang banyak, seperti asid aspartik, asid glutamik, serina, glisina, arginina, valina dan lisin (Garro, 1972); |
| 2) | Asid-asid lemak: asid palmatik, asid linoleik dan asid lemak tepu; |
| 3) | Galian-galian (mg/100g), Fe 16.6, Mn 0.8, Cu 5.9, Zn 3.8, Na 18.7, K 2,050 dan Ca 150, serta |
| 4) | Vitamin-vitamin Timina (B1), Riboflavin (B2), dan Vitamin C (Garro, 1972 dan Deni A., et al, 1994). |
Namun demikian, kepentingan utama Maca adalah hasil daripada penggabungan unsur-unsur khasiatnya yang tersendiri dengan komponen-komponen lain yang meningkatkan kesan-kesan nutrisi/ perubatan. Oleh yang demikian:
| 1) | 4 jenis alkaloid yang dinamakan sebagai makaina 1, 2, 3 dan 4 telah dikenalpasti. Ia merangsang sistem pembiakan kedua-dua jantina (Chason, 1962; Garro, Leon, dan Julca, 1993); boleh juga diambil kira bahawa alkaloid dalam Maca boleh mengaktifkan hormon kalsitonin yang menyelaraskan metabolisme kalsium dan fosforus serta mengaktifkan parathonnon yang terlibat dalam metabolisme yang sama; | |
| 2) | Kadar kehadiran asid-amino lisin dan arginina yang tinggi di dalam Maca turut memberi kesan ke atas penyelarasan kesuburan lelaki dan wanita ; arginina membentuk 80% daripada sel-sel pembiakan lelaki. Justeru itu, Maca boleh menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kekurangan asid-asid amino tersebut, yang mendorong kepada kekurangan nafsu seks dan mengakibatkan jenis-jenis ketidaksuburan tertentu ke atas lelaki dan wanita; | |
| 3) | Antara komponen-komponennya ialah sterol-sterol tertentu, (Espinoza dan Poma, 1995); Brassikosterol, Ergosterol, Carnpesterol, delta 7.22 Ergostadienol, dan khususnya Sitosterol (Dini A. et al, 19940). Pembetulan masalah-masalah putus haid dan peningkatan kesuburan wanita juga disabitkan oleh sterol-sterol dan lisina Maca; | |
| 4) | Glukosinolat-gluskosinolat juga telah ditemui, khususnya benzil isotiosianat (Johns, 1980); penulis tersebut telah berjaya menemui tumbuh-tumbuhan yang mengandungi glukosinolat seperti Maca, dimakan di seluruh dunia kerana kesan tindakannya ke atas proses hormon pembiakan, dan | |
| 5) | Fruktosa, sejenis gula monosakarida dengan darjah kemanisan 173.3 , lebih tinggi kedudukannya daripada glukosa; fruktosa telah disyorkan untuk menentang kelesuan para atlit; fruktosa merupakan sejenis gula yang digunakan oleh plasma air mani untuk memberi tenaga kepada spermatozoid- spermatozoid. | |
| 6) | Ujian-ujian ke atas katak, lembu, kambing biri-biri dan sesetengah pemerhatian yang dijalankan ke atas manusia menunjukkan : | |
| i) | Peningkatan kesuburan wanita dan penghasilan cecair air mani bagi lelaki. | |
| ii) | Haiwan- haiwan yang diberi makan dengan Maca mempunyai berat badan yang sama dengan haiwan-haiwan yang diberi makan dengan produk-produk lain, tetapi, haiwan-haiwan yang diberi makan dengan Maca didapati lebih aktif dan bertenaga, lantaran itu, boleh dikatakan bahawa Maca merupakan sumber tenaga yang hebat tetapi tidak menggemukkan; | |
| iii) | Haiwan yang baru lahir daripada haiwan betina yang diberi makan dengan Maca dilahirkan dengan berat badan yang lebih besar | |
| iv) | Ia mengawal penyakit riket dan osteomalasia di kalangan kanak-kanak dan golongan dewasa; | |
| v) | Ia membantu mengaktifkan semula keupayaan fizikal dan intelektual; | |
| vi) | Ia berkesan bagi melawan penuaan pramatang dan kelemahan oganik dengan kehilangan tenaga, dan | |
| vii) | Ia membantu mengawal pelbagai jenis anemia. | |
Kesimpulannya, Pergunungan Andes menawarkan Maca sebagai bahan asli yang terbaik untuk mengaktifkan dan mencergaskan semula tenaga. Oleh yang demikian, ia digelar Ginseng Andean. Secara amnya, Maca boleh mengatasi kehausan dan kehabisan tenaga yang diakibatkan oleh gaya hidup moden yang sibuk, kekurangan khasiat serta persekitaran sosial dan kebersihan yang tidak memuaskan.



