Milysa Honey For Women

Milysa Honey For women adalah pemanis semulajadi. Ia mengandungi anti-oksiden dan mengandungi sejumlah galian, vitamin dan asid amino. Bahan-bahan ini perlu dalam memberikan tenaga dan menyumbang kepada oksigen yang akhirnya menghilangkan rasa malas dan letih.
Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal daripada spesies Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun yang tumbuh secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga putih dan ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia juga kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur digunakan untuk mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk kes keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah, batuk dan selesema.
Sirih boleh bertindak sebagai antiseptik dan menambah pengeluaran air liur. Daun sirih dikatakan mampu memanaskan badan, menambah nafsu seks, menambah susu ibu, menghilangkan bau nafas dan mengurangan kesakitan bisa gigitan serangga.Sirih juga dipercayai boleh mengurangkan kesan penyakit ulser, demam, batuk, kembung perut, bengkak, luka bisul, angin pasang, hidung berdarah dan resdung. Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.
Goji mengandungi:
- 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
- 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
- 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
- Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
- Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
- Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
- Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
- Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
- Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
- Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
- Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
- Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
- Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
- Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
- Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!
BAHAN: madu, kurma, kacip fatimah, manjakani, sireh, goji dan cekur
Cara penggunaan:
Minum dua sudu besar pada waktu pagi sebelum sarapan pagi dan dua sudu besar pada waktu petang (sesuai diambil ketika perut kosong)

