Milysa Honey For Men

Milysa Honey For Men adalah pemanis semulajadi. Ia mengandungi anti-oksiden dan mengandungi sejumlah galian, vitamin dan asid amino. Bahan-bahan ini perlu dalam memberikan tenaga dan menyumbang kepada oksigen yang akhirnya menghilangkan rasa malas dan letih.
TONGKAT ALI (Eurycoma Longifolia)
Tongkat ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack adalah sejenis akar yang terdapat di kawasan pedalaman hutan hujan tropika Malaysia. Ia terkenal sebagai sejenis akar yang boleh memulih dan menguatkan tenaga batin lelaki secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah kehebatan minuman herba yang diperkayakan dengan tongkat ali yang asli mempunyai khasiat-khasiat berikut:
- Menguatkan tenaga
- Mengurangkan kelesuan dan keletihan
- Menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit
- Meningkatkan aktiviti seksual melalui peningkatan tenaga dan kiraan sperma
- Meningkatkan prestasi mental
- Mengurangkan lemak
- Menguatkan sistem penghadaman.
UBI JAGA (Smilax Myosotiflora)
Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk meransang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya digunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.
MADU
“Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.”.
-Petikan ungkapan kata-kata Ibnu Sina-
Kaya dengan zat galian penting seperti kalsium, fosforus, sulfur, karbon, zat besi, natrium, kalium,klorin, magnesium, iodin, kuprum, manganese dan silicon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A,B kompleks, C,D dan E. Madu sangat mudah dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
BAHAN: Madu, kurma, tongkat ali, guarana, goji , maca dan ubi jaga
Cara penggunaan:
Minum dua sudu besar pada waktu pagi sebelum sarapan pagi dan dua sudu besar pada waktu petang (sesuai diambil ketika perut kosong )

