Syarat-syarat Permohonan Center & Master Point

Terbuka kepada semua ahli Milysa Excell Sdn Bhd. Untuk memohon sebagai Center dan master point berdasarkan kemampuan masing-masing.

SYARAT UTAMA CENTER.

1.Bagi center dikehendaki menyediakan modal pusingan sebanyak RM 40,000.00. Dimana RM 36,000 adalah pembelian point & produk  PLAN Bonanza, Dimana lebihan RM 4,000.00 adalah untuk pembelian barang untuk PLAN A. Produk akan dihantar terus kepada Center berdasarkan kepada pilihan penghantaran semasa membuat permohonan.

2.Setiap center akan dikenakan deposit sebanyak RM 500.00. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya berlaku penutupan Center dan ia mengikut syarat-syarat tertentu ( Di mana setiap Center tidak boleh melanggar kod etika yang telah ditetapkan oleh syarikat )

3.Menyediakan premis jualan Kaunter/pejabat bagi urusan pesanan/belian master point dan juga ahli Milysa Excell Sdn Bhd.

4.Menyediakan bilik/ruang perjumpaan bagi ahli mengadakan perbincangan bulanan atau mingguan bagi meningkatkan jualan negeri dan kawasan tersebut.

5.Menyediakan kemudahan komputer berinternet bagi memudahkan urusan pendaftaran ahli baru dan semakan bonus ahli.

6.Mempunyai kemudahan telefon dan fax sebagai alat komunikasi dengan pihak syarikat dan ahli.

7.Mempunyai seorang kakitangan yang berkerja sepenuh masa di premis/pejabat.

8.Bertanggungjawab pada semua master point di negeri masing-masing dan pengurus Center perlu memastikan mempunyai stok yang mencukupi untuk kegunaan di negeri tersebut.

9.Setiap pembelian Center hendaklah melalui ibupejabat sahaja dan tidak boleh dibeli daripada mana-mana Center yang lain.

10.Setiap kali pembelian, minima pembelian melalui ibupejabat sebanyak RM 2000.00 ke atas untuk dikira sebagai komisen Center. Sekiranya kurang daripada itu, komisen tidak akan dikira ke atas pembelian tersebut.

11.Bagi memudahkan pembelian produk, setiap center wajib mempunyai akaun bank (CIMB di utamakan)

12.Mempamerkan papan tanda (signboard) untuk memudahkan urusan perniagaan.

13.Waktu urusniaga dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali hari minggu dan cuti am (tertakluk kepada keperluan masing-masing)

14.Setiap pakej pembelian akan dibayar sebanyak RM6.00. Bayaran akan dibuat selepas penutupan akaun jualan pada bulan semasa.

BILPAKEJBELIANINSENTIF
1BASICRM 36.00RM 2.00
2SILVERRM 360.00RM 5.00
3GOLDRM 3600.00RM 7.00
4PLATINUMRM 36000.00RM 10.00

15.  Tambahan (Insentif)

I.Setiap center akan mendapat insentif tambahan mengikut pakej yang ditawarkan. Insentif tersebut adalah seperti berikut:-

BILPAKEJBELIANINSENTIF
1BASICRM 36.00RM 1.00
2SILVERRM 360.00RM 10.00
3GOLDRM 3600.00RM 100.00
4PLATINUMRM 36000.00RM 1000.00

Pemegang master point

1.Setiap pemohonan Master Point, mestilah dipohon melalui center dengan pembelian sebanyak RM 4,000.00 dimana pembelian RM 3,600.00 adalah untuk pembelian point PLAN Bonanza lebihan RM 400.00 adalah untuk PLAN A produk.

2.Setiap pembelian master point hendaklah melalui center yang berada di dalam negeri itu sahaja. Bagi yang tidak mempunyai center dibolehkan berhubung terus dengan ibu pejabat bagi pembelian master point tersebut

3.Setiap pemohonan master point, minima belian melalui Center sebanyak RM 720.00 bersamaan dengan 2 silver atas satu belian,  untuk dikira sebagai komisen  Master point. Sekiranya kurang daripada itu, komisen tidak akan di kira ke atas pembelian tersebut

4.Bagi memudahkan pembelian produk, setiap master point wajib mempunyai akaun bank (CIMB di utamakan)

5.Setiap Pakej Pembelian akan dibayar mengikut pakej yang ditawarkan. Pembayaran adalah seperti berikut:-

BILPAKEJBELIANINSENTIF
1BASICRM 36.00RM 2.00
2SILVERRM 360.00RM 5.00
3GOLDRM 3600.00RM 7.00
4PLATINUMRM 36000.00RM 10.00

PENARIKAN DIRI SEBAGAI CENTER DAN STOKIS BERGERAK

Syarat-syarat penarikan diri adalah seperti berikut :-

1.Penarikan diri mestilah selepas 12 bulan dari tarikh operasi berkelulusan.

2.Menyediakan laporan stok terakhir point dan produk yang masih ada dan hantarkan kepada Milysa Excell Sdn Bhd berserta dengan baki terakhir stok.

3.Pihak Milysa Excell Sdn Bhd akan mengembalikan bayaran mengikut nilai baki stok yang ada.

4.Surcaj penarikan diri sebagai Center dan master point dikenakan sebanyak 15% sebagai bayaran pengurusan.

5.Bayaran akan dibuat kepada Center  dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan stok oleh pihak syarikat.

PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH CENTER DAN MASTER POINT

Berikut adalah garis panduan dan tugasan yang perlu dipatuhi oleh Tuan/puan sebagai Center/master point.

1.  Waktu urusniaga pejabat urusan Milysa Excell Sdn Bhd.

Pejabat urusan Milysa Excell Sdn Bhd dibuka setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad dan juga cuti umum. Bermula 9.00 pagi hingga 5.30 petang.

Setiap pembelian produk & point mestilah dilakukan ketika waktu pejabat. Sebarang urusan selepas waktu itu tidak akan dilayan.

Perhidmatan fax pejabat Urusan Milysa Excell Sdn Bhd dibuka 24 jam di talian         : 03-7842 7221

Talian telefon Pejabat Urusan : 03-7842 7220

Website         : www.milysa.com.my

E-mail            : info@milysa.com.my

2.  Waktu urusniaga

Semua Center Milysa Excell Sdn Bhd adalah di nasihatkan agar mempamerkan waktu urusniaga. Ini bertujuan memudahkan ahli untuk mendapatkan produk yang di perlukan..

3.  Pembelian Produk.

3.1 Bagi negeri yang tidak wujud Center, maka semua pesanan point hendaklah dibuat terus melalui Pejabat Urusan Milysa Excell Sdn Bhd. Tetapi walau bagaimanapun sekiranya terdapat apa-apa kekurangan atau ketiadaan stok di Center, Pemegang master point bolehlah berhubung terus dengan Milysa Excell Sdn Bhd untuk mendapatkan point yang secukupnya. (tertakluk pada syarat pemegang master point)

3.2 Cara pesanan atau bayaran.

  • Bank-in jumlah nilai mengikut jumlah produk yang di kehendaki
  • Faxkan bank slip ke Pejabat Urusan Milysa Excell Sdn Bhd di alamat :

Milysa Excell Sdn Bhd,(829610-X)

D7-5 Block D7

Pusat Perdagangan Dana 1

Jalan PJU 1A/46 47301

Petaling jaya Selangor

www.milysa.com.my

3.  Nota.

Nama Bank                    : CIMB

Nama Akaun                 : Milysa Excell Sdn Bhd.

No Akaun                      : 14360004060059

4.   Larangan.

  • Anda sebagai Center yang mempunyai status di larang sama sekali membeli point sesama Center yang lain. Anda hanya boleh mendapatkan point tersebut melalui ibu pejabat Milysa Excell Sdn Bhd sahaja.
  • Center dilarang menjual produk yang tamat tempoh. Produk hendaklah dikembalikan kepada Syarikat 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh produk tersebut dan akan digantikan dengan stok yang baru.

5.   Kod Etika.

  • Center hendaklah mempamerkan Piagam Pelanggan di satu sudut yang boleh dilihat dan dapat di baca oleh semua ahli yang datang untuk menerima perkhidmatan.
  • Mempamerkan barangan Milysa Excell Sdn Bhd di sudut yang sesuai dan hiasan yang menarik.

6. Laporan Urusniaga & Pembayaran Komisyen

  • laporan urusniaga januari semua pembelian Center perlu membuat pembayaran penuh mengikut harga status pakej.
  • semua center dikehendaki membuat laporan urusniaga pada bulan tersebut (point dan juga produk)
  • komisyen akan dibayar pada 15hb setiap bulan berikutnya.