Panduan Dan Kod Etika Perniagaan
Milysa Excell Sdn Bhd kami berkeyakinan bahawa kesihatan adalah merupakan sebahagian daripada kejayaan dalam sebuah kehidupan. Sekiranya anda memilih kedua-duanya anda adalah merupakan di antara individu yang berjaya mencapai matlamat hidup sejati.
Kedua-duanya merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan. Milysa Excell Sdn Bhd telah menyediakan peluang perniagaan yang terbaik buat anda yang ingin menjadi rakan kongsi perniaagaan kami.
Milysa Excell Sdn Bhd bukan saja menyediakan produk yang berasaskan pemakanan kesihatan yang dapat membantu anda memiliki tahap kesihatan yang maksimun malahan anda juga berpeluang mencipta atau menambah pendapatan melalui gaya pemasaran yang telah kami sediakan.
Terpulang kepada anda untuk mencipta peluang perniagaan ini sebagai kerjaya tetap atau kerjaya sambilan anda dan merancang seberapa banyak pendapatan yang anda inginkan.
Untuk menjadi seseorang yang berjaya dibidang yang diceburi kita tidak dapat lari daripada mencipta idea dan peluang. Idea dan peluang ini perlu dijadikan sebagai landasan untuk berjaya segala galanya telah kami sediakan untuk anda
KOD ETIKA
Milysa excell sdn bhd adalah sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dari segi produk dan perkhidmatan.
Pengedar bebas menentukan arah tuju menguruskan perniagaan masing-masing tetapi walaupun amalan perniagaan yang baik semestinya semua pengedar berjanji dan berpegang denga konsep amanah, jujur dan telus pada setiap masa. Dengan ini dalam menjalankan perniaagaan MILYSA EXCELL SDN BHD semestinya setiap pengedar mematuhi kod etika Milysa Excell Sdn bhd. Melanggar kod etika boleh membawa seorang pengedar itu ditamatkan keahlian pengedarannya.
Diantaranya adalah:
- Mengakui dan mematuhi segala peraturan serta jujur dan telus dalam menjalani perniagaan Milysa Excell Sdn Bhd.
- Menjaga kepentingan syarikat tidak mengeluarkan kenyataan negative yang bertentangan mengenai produk syarikat dan pengedar-pengedar yang lain bagi kepentingannya.
- Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengedar penaja dan peminpin untuk membina rangkaian perniagaan Milysa Excell Sdn Bhd.
- Berusaha sepenuhnya bagi memastikan pelanggan- pelanggan berpuashati dengan produk dan layanan serta perkhidmatan yang diberi.
- Mematuhi semua peraturan, undang-undang dan arahan dalam menjalankan perniagaan Milysa Excell Sdn Bhd yang telah ditetapkan.
- Menghormati sebahagian rahsia rasmi syarikat dan perkara sulit terhadap pengedar dan pelanggan Milysa Excell Sdn Bhd.
- Menerangkan rancangan perniagaan Milysa Excell Sdn Bhd dengan benar dan jujur serta memberi keterangan yang lebih jelas mengenai tahap usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan.
PANDUAN PERNIAGAAN
Peraturan-peraturan dan undang-undang etika pengedar Milysa Excell Sdn Bhd dikuatkuasa dengan tujuan bagi mewajibkan seseorang pengedar mempunyai hak dan tanggungjawab serta mempunyai hubungan baik diantara pengedar serta memupuk dan menjalinkan kerjasama dengan pihak Milysa Excell sdn bhd. Keuntungan yang mantap dan seimbang serta adil dengan pelan pemasaran.
Kelayakan untuk menjadi seorang pengedar.
- Pemohon yang genap 17 tahun keatas pada tarikh pemohonan adalah layak menjadi pengedar Milysa Excell Sdn Bhd.
- Semua pengedar mesti dicadangkan oleh seorang penaja yang telah menjadi pengedar Milysa Excell Sdn Bhd yang sah terlebih dahulu.
- Setiap pemohon dikehendaki mengisi borang pemohon pengedar bagi menunjukkan ianya bersetuju mematuhi syarat-syarat dan peraturan syarikat.
- Setiap individu hanya berhak untuk membuat sekali pemohonan sahaja.
- Setiap pemohonan ahli disertai dengan bayaran bagi produk harga pengguna (pakej).
- Pihak syarikat berhak menolak permohonanan pengedar tanpa memberi alasan.
Hak pengedaran suami dan isteri
- Pemohon bersama pasangan suami isteri sebagai satu pemohonan.
- Suami yang beristeri sah lebih dari satu boleh memilih seorang isteri sahaja bagi pengedaran suami-isteri. Isteri-isteri lain yang ingin menjadi pengedar mesti ditaja oleh pengedaran suami isteri tersebut.
- Jika terdapat 2 pengedaran berasingan berkahwin selepas menjalani perniaagaan mereka boleh membuat pilihan.
- Meletak jawatan salah satu hak pengedaran dan rangkaian bawahan beliau akan dikekalkan kepada rangkaian tajaan asalnya.
- Mengekalkan keadaan yang asal.
- Menyatukan hak pengedaran mereka.
- Bagi mereka yang menyatukan hak pengedaran, kesemua anugerah atau pangkat akan disampaikan secara berkongsi.
- Untuk mereka yang bercerai pula, salah satu pihak memberitahu syarikat akan kehendaknya untuk berpisah dari perkongsiannya, mengakibatkan satu pihak yang lain dianggap sebagai kewajipan pengedaran itu dan menikmati faedah daripadanya.
Warisan hak pengedaran.
- Apabila seorang pengedar meninggal dunia, perjanjian ini akan dipindahkan kepada waris pengedar seperti dinyatakan dalam boring permohonan ahli.
- Jika simati tidak membuat penamaan mewarisi pengedarannya, maka seorang saudara rapatnya boleh menggunakan pengedaran simati dengan mendapat surat persetujuan daripada syarikat.
- Seorang pengedar boleh memilih menamatkan keahliangnya dengan member notis bertulis kepada syarikat dan dimana pengedar-pengedar kumpulannya akan dipindahkan kepada pengedar atasan atau penaja beliau.
Prinsip mengekalkan rangkaian pengedar / pelanggan.
- Pengedar tidak dibenakkan menukarkan penajanya. Syarikat tidak mengizinkan pengedar menukar sebahagian atau semua ahli kumpulannya kepada orang lain.
- Permohonan untuk menukar penaja memindahkan sebahagian atau semua jualan kumpulan sendiri tidak dibenarkan.
Kad pengesahan pengedar dan pertukaran alamat surat-menyurat.
- Selepas permohonan pengedar diluluskan, syarikat akan menghantar kad pengesahsan pengedar. Dengan ini permohonan sebagai pengedar yang sah semestinya mengikut peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkam.
- Para pengedar yang menukar alamat semestinya member notis bertulis kepada syarikat supaya bahan-bahan yang dipos nanti dapat diterima dengan selamat oleh pengedar.
Tanggungjawab seorang pengedar/penaja.
- Pengedar perlu mengeluarkan resit pelanggan yang diisi dengan betul bila menjual produk Milysa Excell Sdn Bhd.
- Perlu menyampaikan kebaikan dan kelebihan produk secara jujur, ikhlas dan adil.
- Semasa menerangkan pelan pemasaran syarikat, pengedar semestinya:
- Menerangkan kepada bakal pengedar bahawa keuntungan akan diperolehi dari kerja kuat dan bersungguh-sungguh.
- Tidak dibenarkan membuat kenyataan yang bertentangan dengan apa yang telah dikeluarkan oleh syarikat.
- Boleh menaja orang lain menjadi pengedar bersamanya.
- Penaja berusaha bersama melatih dan membimbing pengedar-pengedar yang ditajanya.
Polisi beli balik
- Penukaran produk tau barangan adalah tidak dipraktikkan kecuali merujuk pada kerosakan atau kecuaian yang berlaku semasa proses pembuatan (kilang) dan kerosakan yang berlaku semasa penghantaran
- Pemulangan yang produk yang rosak perlulah disertakan dengan bukti pembelian yang sah dengan mengemukakan Bil Jualan Tunai atau resit rasmi pelanggan
- Produk yang mengalami kerosakkan pada isi kandungan atau fizikal mestilah dipulangkan semula pada pihak syarikat bersama dengan aduan kerosakkan dan sebab pemulangan.
- Pihak syarikat akan membuat gantian produk dalam tempoh 14 hari bekerja
- Penukaran produk tidak boleh diganti dengan produk yang berlainan harga. Sekiranya berlaku pertukaran produk pada harga yang berlainan maka lebihan harga perlulah ditanggun oleh pihak pemulang. Sekira pertukaran produk tersebut lebih rendah daripada harga produk yang dipulangkan maka baki daripada perbezaan tersebut tidak akan dipulangkan
- Jaminan ini tidak merujuk kepada barangan, minuman dan makanan kerana rasa dan produk yang sengaja dirosakkan atau kerosakan kecuaian, penggunaan yang salah atau tersimpan ditempat yang tidak sesuai. Jaminan ini juga tidak meliputi fesyen yang bergantung kepada gaya hidup individu dan kosmetik / penjagaan kulit yang bergantung kepada pemilihan warna atau citarasa dan barangan jualan istimewa / jualan pakej dan kempen.
Harga produk
- Pengedar dilarang memotong atau menaik harga barangan Milysa Excell Sdn Bhd untuk kepentingan keuntungan dan jualan mereka sendiri.
- Semua produk Milysa Excell Sdn Bhd dijual dengan harga yang telah ditetapkan oleh Milysa Excell Sdn Bhd.
- Pengedar tidak dibenarkan menjalankan promosi atau tawaran secara sendiri tetapi perlu mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Milysa Excell Sdn Bhd.
- Syarikat menjamin mana-mana pengedar dan pelanggan membeli produk. Sekiranya mendapati ianya rosak, kecacatan atau berkualiti rendah berpunca dari pengeluaran kilang dan tidak merangkumi kerosakan disebabkan tamat tempoh sah, keuaian dan perbuatan yang disengajakan maka syarikat menjamin menggantinya dengan mengemukakan sebab yang munasabah dan pulangkan barangan tersebut bersama resit atau bil jualan tunai (ahli).
Pemberian bonus.
- Semua pembelian secara tunai dan pembayaran bonus akan dibayar pada bulan berikutnya mengikut rekod pembelian melalui cek (online) atau baucer syarikat.
- Jikat terdapat kesilapan teknik pada penyata bonus, pengedar bonus harus menghubungi syarikat dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan.
- Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab dan melayani bantahan selepas tempoh yang diberi.
Penamatan atau pembatalan hak pengedar.
- Jikat terdapat 2 pengedar mendakwa menaja pengedar baru yang sama, syarikat akan menerima permohonan pertama sebagai penaja yang sah.
- Menaja pengedar yang sama (pendaftaran 2 kali) tidak dibenarkan sama sekali. Syarikat akan membuat keputusan yang adil dengan mengambil tindakan perlu, jika berlaku keadaan tersebut semua keputusan atau tindakan syarikat adalah muktamad.
- Syarikat berhak menamatkan keahlian pengedar yang didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang etika pengedar Milysa Excell Sdn Bhd syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan sebarang ganti rugi.

