Medic Card
Pengecualian
Sebarang kecederaan / kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut :
- Penyakit sedia ada
- Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
- Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut,yang mana sijil masih lagi aktif
- Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
- Kecederaan diri sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
- Peperangan, mogok dan rusuhan
- Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
- Kehamilan, keguguran kandungan atau kelahiran anak
- Gangguan mental atau saraf
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
- Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, ataupun keabnormalan atau kecacatan congenital
- Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
- Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital
- Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
- Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insuran dan Takaful
- Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang
Nota : Pengecualian di atas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam sijil kontrak
Tarikh Tamat Sijil
Sijil Smart Medic 100 akan tamat jika:
- Caruman anda tidak dibayar lebih dari 31 hari
- Pemegang sijil telah mencapai umur 80 tahun
- Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian
- Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup
- Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja)
Nota
- Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital pada kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang yang dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan
- Faedah keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan
- Faedah keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup
- Brosur ini adalah untuk maklumat am sahaja. Ia bukanlah sijil perlindungan Takaful
- Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful





