Peluang Niaga

TN.HJ. MOHD ZAKI YAACOB

PENGARAH PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

MILYSA EXCELL SDN. BHD.

Tuan Hj Mohd Zaki Yaacob adalah individu yang bertanggungjawab terhadap perkembangan pembangunan perniagaan di Milysa Excell Sdn Bhd. Melihat semangat niaga yang wujud dari kalangan usahawan muda yang menjalankan perniagaan network trading di Milysa patut di lihat sebagai satu perkembangan yang baik dan positif. Kita sepatutnya menggalakkan semangat sebegini lahir dalam diri setiap usahawan belia kita.

Tetapi malangnya agak ramai dari kalangan usahawan muda tidak dapat bergerak jauh dalam bidang perniagaan yang diceburi. Ada di kalangan mereka telah disenarai hitam kerana gagal menjelaskan hutang dengan firma kewangan selaku peminjam atau disenarai hitamkan kerana menjadi penjamin.

Walau apapun kita perlulah sedar dengan cabaran perniagaan hari ini yang perlu di tempuhi tidak mudah untuk mereka berjaya tetapi adakah mereka diberi peluang kali kedua untuk memperbaiki dan menjalankan perniagaan seterusnya.

Pada saya, syarikat atau agensi perlulah memberi peluang pada golongan ini. Sebab itulah di Milysa kita sentiasa menjalankan khidmat “corporate social” kita dengan memberi peluang perniagaan kepada golongan ini agar semangat usahawan niaga yang ada tidak terus terpadam begitu sahaja.